Pertumbuhan pinjaman isi rumah di Malaysia kini dilihat terus meningkat kepada 6.3% bagi rekod Mei 2024.
Makluman Bank Negara Malaysia (BNM) pada sorotan ekonomi negara bagi Mei 2024 ini jelas menunjukkan pertumbuhan pinjaman kalangan pengguna negara terus konsisten tinggi berbanding pertumbuhan melibatkan pinjaman perniagaan (4.8%) dan pertumbuhan bon korporat pula 4.0%.
Aliran lonjakan pinjaman isi rumah ini antaranya didorong berikutan pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta diperhatikan semakin menggalakkan. Berdasarkan rekod, untuk jualan kereta di Malaysia didapati telah meningkat 18% pada Mei 2024 kepada 68,665 unit kenderaan berbanding April 2024.