Artikel

Malaysia Terus Jadi Pengeksport LNG Ke-5 Terbesar Dunia 

Setelah Amerika Syarikat (AS), Australia, Qatar dan Rusia – Malaysia terus mengekalkan kedudukannya selaku pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2023.

Mengikut laporan World LNG 2024 kali ke-15 ini, jumlah eksport LNG Malaysia pada tahun lalu telah mencatatkan sebanyak 26.75 juta tan (MT) dengan membentuk sekitar 7% daripada jumlah LNG yang didagangkan di pasaran global.

Pada perincian lanjut, Malaysia turut menjadi antara negara yang miliki kapasiti pencecairan terbesar yang beroperasi pada 32 MTPA kalangan 21 pasaran yang mengendalikan kemudahan eksport LNG.

Menerusi pengiktirafan ini, ia secara langsung akan turut membantu negara merealisasikan matlamat peralihan tenaga dengan menjangkakan permintaan gas  eningkat daripada 43% kepada 56% menjelang 2050.