Artikel

Hampir 160,000 Pelajar Lepasan SPM 2023 – Ditawar Lanjut Pengajian Ke IPTA

Bermula hari ini, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak status permohonan lanjutan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Menerusi langkah itu, dimaklumkan seramai 159,027 calon lepasan SPM 2023 telah berjaya terpilih untuk tawaran ke IPTA.

Jumlah ini menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mewakili 74.25% daripada 214,173 permohonan calon yang layak pada kemasukan tersebut. Kemasukan ini untuk makluman merangkumi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

Mengikut pecahan seramai 83,667 calon meraih tawaran UA, diikuti Politeknik (43,531 calon), Kolej Komuniti (26,474 calon) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (5,355 calon). Berdasarkan taburan itu, difahamkan seramai 21,157 lepasan SPM 2023 berjaya miliki keputusan cemerlang dan menyambung pengajian dalam bidang perubatan.