Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad hari ini (28 Jun) memaklumkan pengagihan pendapatan bagi dana harga tetap Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) adalah berjumlah RM405.65 juta.
Ini merangkumi pengagihan 5.25 sen seunit kepada 325,026 pemegang unit, yang memiliki 7.73 bilion unit. Prestasi ini memaparkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu dengan agihan 5.00 sen seunit.
Untuk makluman, pengiraan agihan pendapatan ASB 3 Didik ini meliputi purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan.