Menyedari kegusaran pemilik haiwan tatkala ingin bercuti, hotel Hyatt Place KL kini memaklumkan para pelanggan mereka boleh menginap di hotel bersama haiwan peliharaan. Akan tetapi akses ini hanya tersedia untuk sebilangan haiwan sahaja dengan berat bawah 9 kilogram.
Ini termasuklah haiwan peliharaan seperti kucing, hamster, arnab, ikan dan lain-lain. Bagaimanapun anjing dan binatang liar tidak dibenarkan untuk meraih akses ini. Pada akses tersebut, penginapan ini turut akan mengenakan caj ke atas penginapan haiwan peliharaan bersama khidmat pembersihan – mengikut tempoh penginapan. Ini perinciannya:
- Penginapan 1 sehingga 7 hari : RM400+
- Penginapan 8 sehingga 14 hari : RM600+
- Penginapan 15 hari sehingga 21 hari : RM800+
- Penginapan 22 hari hingga 30 hari : RM1000+
Apa yang lebih menarik lagi, untuk menjamin keselesaan semua pihak ketersediaan bilik hotel ini akan ditempatkan pada aras terpilih sahaja. Maka aturan itu tidak akan mengugat sebarang ketenteraman pelanggan hotel yang lain ketika menginap di Hyatt Place KL.
Namun untuk menikmati kemudahan ini, para pelanggan diwajibkan untuk laksana tempahan penginapan sekurangnya 3 hari sebelum tarikh masuk. Ini bermakna kemudahan daftar masuk secara terus (walk-in) tidak tersedia buat kumpulan pelanggan ini. Untuk ketahui kriteria lanjut, pelanggan berkaitan boleh layari pautan Hyatt Place KL bagi langkat seterusnya.