Berbekalkan pelbagai usaha negara, dalam mengukuhkan infrastruktur digital – Malaysia optimis sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital yang ditetapkan sekitar 25.5% mampu dilepasi menjelang 2025.
Pencapaian itu menurut Kementerian Digital pada sidang Dewan Rakyat, akan disokong hasil perluasan penggunaan 5G merentasi sektor lain selain telekomunikasi. Yang mana, difahamkan Digital Nasional Bhd (DNB) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ketika ini sedang mengenalpasti industri yang memerlukan akses tersebut.
Aturan lain yang turut jadi tumpuan pentadbiran negara ketika ini, adalah meluaskan akses bagi memastikan setiap kawasan industri dalam Malaysia miliki akses kepada 5G. Buat pengetahuan umum, setakat ini 54% daripada kesleuruhan tapak rangkaian 5G telah dibangunkan di kawasan separa bandar dan luar bandar.
Sementara sehingga Mei lalu, capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk seluruh negara pula telah mencapai sekitar 81.7%. Ini bermakna terdapat 13 juta pelanggan khidmata talian 5G telah direkodkan di Malaysia – bersama kadar penembusan 39.2%.