Artikel

Pindaan Akta Audit Kini Dibentang – Setelah Kali Terakhir Dipinda Pada 1991

Setelah 33 tahun iaitu sejak 1991 tidak dilaksanakan sebarang pembaharuan, kini Akta Audit 1957 telah dibentang kembali pada sidang Dewan Rakyat hari ini untuk langkah pindaan bagi bacaan pertama – bertujuan menambahbaik pengurusan melibatkan tatakelola negara dan akauntabiliti sektor awam.

Pindaan Akta 62 ini untuk makluman akan melibatkan pewujudan peruntukan baharu serta pindaan beberapa peruntukan sedia ada – antaranya pengauditan badan lain termasuklah syarikat di mana kerajaan milik kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan, diikuti kuasa Ketua Audit Negara untuk keluarkan apa-apa garis panduan libatkan pengauditan.

Selain itu, pertimbangan langkah audit berlandaskan kepentingan awam turut dimaklumkan dan tindakan pelaksanaan audit setelah meraih syor, pemerhatian pada laporan Ketua Audit Negara.

Melalui pindaan sedemikian, ia akan mengukuhkan lagi tatakelola dan pengurusan dana awam negara. Menjadi lebih efektif dan berupaya membantu negara mengurangkan berlakunya ketirisan wang awam yang merugikan pentadbiran Malaysia.