Artikel

2.93 Juta Ahli KWSP Telah Buat Pengeluaran Hampir RM7 Bilion – Melalui Akaun 3

Seiring dengan matlamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam menjamin ksejahteraan aliran tunai pencarum – kini didapati sejumlah 3.45 juta ahli telah memanfaatkan akses Akaun Fleksibel (akaun 3), dengan laksana pindahan amaun permulaan melibatkan jumlah RM10.86 bilion.

Berdasarkan amaun itu, didapati 2.93 juta ahli pula telah melaksanakan pengeluaran dengan jumlah pengeluaran sekitar RM6.98 bilion setakat 10 Jun lalu.

Perkongsian Kementerian Kewangan (MOF) pada sidang Dewan Rakyat ini bagaimanapun menjelaskan, peningkatan pengeluaran Akaun 3 tersebut ketika ini tidak menjejaskan pelan pelaburan persaraan yang dikelola KWSP.

Berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), KWSP telah meneliti dan mengambilkira pelbagai had toleransi risiko ke atas dana simpanan persaraan para pencarum. Di mana penelitian pelaburan dijamin sentiasa dipantau melibatkan pulangan dan risiko kekal relevan berlandaskan persekitaran pasaran modal semasa serta sebarang polisi negara.

Pertimbangan itu secara langsung membantu mengukuhkan aliran tunai pencarum tanpa mengugat protfolio pelaburan KWSP di pasaran semasa. Pada langkah lanjut, KWSP memaklumkan akan terus mengamal pendekatan pelaburan yang berdisplin bersama pengurusan kecairan yang baik berpandukan SAA.