Artikel

Kuasa Berbelanja Gen Z Dijangka Melonjak, Capai $12 Trilion Menjelang 2030 – Tinjauan

Generasi Z atau lebih mesra Gen Z kini dijangka akan menjadi penyumbang terbesar dalam ekonomi dunia dengan sasaran aliran perbelanjaan mencecah $12 trilion menjelang tahun 2030 kelak.

Ia kerana menurut tinjauan NielsenIQ dan World Data Lab, generasi yang lahir antara 1997-2012 ini mewakili 25% daripada populasi dunia semasa. Tidak hanya itu, kumpulan ini turut dijangka akan membentuk 30% daripada jumlah tenaga kerja global pada 2030 kelak. Ini menjadikan mereka sebagai generasi terbesar dan terkaya dalam sejarah.

Dengan kekuatan sekitar 2 bilion individu tersebut, maka pemain perniagaan global dilihat perlu mengatur strategi untuk memenuhi keperluan perbelanjaan mereka pada pasaran. Tambahan penerapan digital dan pendedahan media sosial yang lebih tinggi kalangan Gen Z ini turut mendorong merancakkan lagi aliran perbelanjaan.

Di mana sekitar 53% populasi Gen Z akui potensi laksana pembelian di medium sosial dan penstriman secara langsung adalah tinggi. Selain pertimbangan itu, hampir 50% memaklumkan aliran pembelian di kedai fizikal kekal menjadi pilihan lokasi berbelanja mereka.

Malah tidak sekadar berbelanja pada barangan dan makanan – Gen Z turut meluaskan skop perbelanjaan mereka pada perkhidmatan fizikal antaranya melibatkan aplikasi kecergasan dan senaman. Didapati lebih 50% Gen Z telah menggunakan perkhidmatan tersebut.

Maka menerusi pemahaman dan tumpuan tabiat berbelanja Gen Z ini, pasaran global dijangka dapat meraih manfaat yang besar pada pertumbuhan semasa dan setakat ini sahaja, Gen Z telah merekodkan menyumbang $9.8 trilion pada perbelanjaan global serta dijangka akan menambah nilai perbelanjaan tersebut sekitar $9 trilion menjelang tahun 2034.