Artikel

QSR Sahkan Operasi Pizza Hut Dikecilkan Buat Sementara Waktu – Bagi Tingkatkan Kualiti Khidmat

Berikutan laporan penutupan sementara melibatkan sebilangan cawangan Pizza Hut di pasaran – QSR Brand selaku pengendali rangkaian jenama kini mengesahkan tindakan itu adalah sebahagian langkah kumpulan untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan bersama pengalaman operasi mereka kepada pengguna.

Makluman pada notis rasmi QSR ini menjelaskan pengurusan operasi akan diselaraskan dan ia akan dioptimumkan melibatkan pembangunan perkhidmatan mereka di seluruh cawangan negara.

Menerusi aturan itu, Pizza Hut terus menjamin kebajikan pekerja kekal dipelihara dengan menawarkan pemindahan perkhidmatan ke lokasi cawangan yang tidak terkesan.

QSR turut memaklumkan langkah ini adalah bersifat sementara untuk memastikan kualiti cawangan di aliran permintaan yang lebih rendah dapat ditambah-baik secara berkala. Melalui dedikasi ini, QSR optimis kualiti Pizza Hut akan diperluaskan dan menepati aliran pasaran semasa selari dengan permintaan pengguna.