Bagi memastikan pengalaman perbankan atas talian pengguna negara terus lancar dan lebih mudah – Maybank kini perkenalkan akses berbilang kepada pengguna yang memiliki akaun individu dan perniagaan tunggal. Di mana pelanggan Maybank dapat menukar antara akses individu dan perniagaan tunggal mereka menerusi aplikasi MAE tanpa perlu pengguna berpindah peranti.
Aturan ini secara langsung dapat memudahkan pengurusan akaun yang berbeza melibatkan akaun M2U perniagaan tunggal dan akaun M2U individu dilaksanakan. Ini menjadikan pengurusan akaun yang lebih lancar dapat diraih pengguna.
Berdasarkan pengenalan itu, sehingga 5 akses akaun M2U boleh dipautkan pada masa yang sama. Ini merangkumi:
- 5 ID M2U Perniagaan Tunggal
- 4 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
- 3 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
- 2 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
- 1 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
- 1 ID M2U Perniagaan Tunggal
- 1 ID M2U Individu
Untuk kemudahan ini, pelanggan perlu mengemas kini aplikasi MAE ke versi 0.9.25 baharu. Ia akan tersedia di platform aplikasi Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
Malah, pada ciri tersebut, pengguna perlu mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM dan melalui tempoh bertenang minimum 12 jam, untuk setiap akses baharu yang ditambah. Ini hanya diperlukan untuk kali pertama.
Pengguna amat disyorkan untuk memautkan semua akses anda dan membuat pendaftaran Secure2u untuk semua akaun anda pada masa yang sama kerana ini akan mengurangkan masa menunggu untuk kelulusan Secure2u.
