Dalam tempoh lebih 6 bulan perkhidmatan tersedia bersama pengguna Malaysia, GXBank kini memaklumkan operasi bank digital mereka memiliki lebih 500,000 pengguna yang telah berdaftar.
Bank digital yang diterajui Grab ini untuk makluman menjadi bank digital pertama yang dilancarkan di pasaran Malaysia setelah meraih perlesenan selaku bank konvensional di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) Bank Negara Malaysia pada 29 April 2022 lalu.
Menerusi peningkatan secara berkala ini jelas menunjukkan sokongan positif terus di raih GXBank dalam kalangan pengguna negara, dengan memanfaatkan pelbagai akses bank digital di pasaran tempatan.
Pengguna boleh meraih pelbagai kemudahan tidak hanya menggalakan transaksi nirtunai, bahkan amalan menabung menggunakan ciri Pockets juga tersedia buat persediaan pengguna. Selain itu membantu pengguna Malaysia meningkatkan kuasa berbelanja mereka – GXBank turut bercadang membuka pusat kecemerlangan serantau di pasaran menjelang akhir 2024 ini.
Pada agenda itu, hab tersebut dijangka tidak sekadar memberi tumpuan dalam khidmat berkaitan bank digital, namun turut menampilkan sokongan teknologi dan pengurusan risiko kepada pengguna negara. Buat pengetahuan umum pembangunan hab ini adalah sebahagian daripada pelaburan RM1.5 bilion GXBank di negara untuk tempoh 5 tahun mendatang.