Artikel

Sarawak Mahu GLC, Badan Berkanun Berdikari – Akan Henti Suntik Dana Mulai 2027

Bermula tahun 2027, Sarawak memaklumkan pentadbiran negerinya akan mula menghentikan penyaluran dana kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun. Tindakan itu secara langsung akan membawa pulangan penjimatan kepada pengurusan negeri dan meningkatkan kebajikan kepada rakyat Sarawak secara berkala.

Makluman yang dikongsikan pada Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 (25 Jun) menerusi laporan TheStar ini, adalah tindak-balas Sarawak untuk menambahbaik infrastruktur asas seperti pendidikan dan kesihatan di peringkat negeri.

Premier Sarawak Abang Johari menjelaskan seharusnya pihak GLC dan badan berkanun miliki keupayaan mencari pendapatan sendiri berikutan segmen perniagaan mereka turut terlibat sama dalam aktiviti perdagangan pasaran. Perihal tersebut tidak seharus menjadi isu buat mereka.

Malah menerusi tindakan ini, ia secara langsung akan mengurangkan kebergantungan GLC dan badan berkanun akan peruntukan dari pentadbiran negara. Ini kerana terdapat segelintir pihak memperlihatkan kedudukan selesa meskipun operasi mereka berdepan kerugian.

Berdasarkan aturan itu, langkah awal tersebut akan dimulakan bersama Lembaga Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).