Artikel

MOSTI Kini Kenalpasti Soonicorn, 22% Daripadanya Syarikat Bumiputera

Senada dengan matlamat Malaysia, yang ingin memiliki 5 Unikorn menjelang tahun 2025 – pentadbiran negara ketika ini telah mengenalpasti sejumlah syarikat yang berpotensi menjadi soonicorn. Di mana 22% daripadanya adalah kalangan syarikat bumiputera.

Pengamatan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund ini adalah melibatkan syarikat yang turut dalam pelbagai skop antaranya pasaran digital dan perkhidmatan dron.

Soonicorn adalah istilah yang membawa makna ke arah status unicorn, di mana startup memerlukan pertambahan sokongan biaya oleh kumpulan pelabur budiman (angel) serta pemodal teroka – bagi mencapai status nilai lebih $1 billion. Namun susulan saiz pasaran Malaysia adalah kecil, kumpulan startup tempatan perlu meluaskan jejak jenama mereka meliputi pasaran serantau.

Selain tumpuan itu, MOSTI pada perkongsian secara lisan pada sidang Parlimen – turut menjelaskan usaha meluaskan peluang startup kalangan bumiputera telah dilaksanakan secara berkala. Antara bersama VentureTECH yang berperanan melabur dalam pelbagai tahap syarikat. Melibatkan Aerodyne, Cell Tissue, Bayo Pay, Bateriku, TXMR dan juga SS Rover. Sekitar 21% daripada keseluruhan pelaburannya telah dicapai.

Tidak hanya perkasakan pelaburan startup di peringkat asas, MOSTI turut memaklumkan sebuah paltform serantau akan dibangunkan Malaysia – bagi menghubungkan startuup bersama pelabur dan program sokongan bersama rakan strategik di seluruh ASEAN. Pengenalan medium itu secara langsung akan mengukuhkan lagi sasaran negara untuk tampil selaku hab startup pilihan serantau di masa hadapan.