Artikel

PTPTN Hadir Dengan Kempen Galakkan Penstrukturan Pinjaman Semula Serendah RM300 Sebulan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini hadir dengan kempen baharu, dinamakan Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300. Melaluinya, ia mengalakkan para peminjam dengan tunggakan untuk menstruktur semula bayaran balik pinjaman PTPTN dengan bayaran minima RM300 sebulan.

Kempen ini berlangsung dari 1 Jun 2024 sehingga 31 Julai 2024 kelak, dan terbuka kepada semua peminjam yang mempunyai tunggakan. Dibawah kempen ini, ansuran bulanan akan ditetapkan berdasarkan anggaran 5% ke 8% daripada jumlah pendapatan. Pada masa yang sama juga, peminjam akan diwajinkan untuk membuat potongan gaji, atau debit terus sebaagi kaedah bayaran balik.

Bagi para peminjam dengan tunggakan PTPTN, boleh menyemak penawaran ini, dan menstruktur semula pinjaman, dan mencapai sifar tunggakan, serta memperbaiki rekod kredit peminjam.