Notti Pet Food hari ini mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana pelaburan sebanyak RM2.4 juta daripada 500 Global dan juga First Move, dalam usaha membolehkan ia terus memperluaskan penawaran memfokuskan makanan haiwan peliharaan.
Dana pelaburan baharu ini dijangka digunakan untuk memperkenalkan produk baharu, selain turut memperluaskan pasaran ke Singapura dan juga Filipina.
Notti melalui produk mereka menekankan kepada makanan yang sihat untuk haiwan peliharaan, iaitu kucing dan juga anjing. Makanan yang dihasilkan juga adalah mesra pelbagai baka berbeza.
Notti pada hari ini ditawarkan di lebih 100 kedai haiwan peliharaan di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan juga Filipina. Ia disasarkan bilangan kedai yang menawarkan produk Notti meningkat kepada 200 buah menjelang penghujung 2024 ini.