Artikel

Luckin Coffee Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Luckin Coffee, salah satu syarikat penyedia minuman dengan fokus terhadap kopi, kini dilaporkan bakal memasuki pasaran Malaysia melalui kerjasama dengan firma tempatan. Ia dikatakan firma tempatan yang bekerjasama tersebut sedia disenaraikan di Bursa Malaysia.

Penyertaan Luckin Coffee akan memperlihatkan pesaingan terus meningkat dalam pasaran kopi, apatah lagi dengan ramai yang mula beralih dari Starbucks ke jenama lain, termasuk jenama tempatan. Pada hari ini, jenama Starbucks diuruskan oleh Berjaya Foods. Ia tidak diketahui sama ada firma tempatan yang dikatakan bakal membawa masuk Luckin Coffee ini adalah Berjaya juga, atau syarikat lain.

Luckin Coffee sebelum ini telah diasaskan pada tahun 2017 di China, dan mempunyai sekitar 18590 cawangan di seluruh dunia – termasuk di Singapura. Sama-sama kita nantikan pengenalan dan kemasukan jenama berkenaan untuk pasaran tempatan, dan bagaimanakah ia bakal bersaing dengan pelbagai jenama lain di pasaran hari ini.