Artikel

Mulai 1 Januari 2025 – Pengunjung Menginap Di Perak, Akan Dicaj RM3

Bermula awal tahun hadapan, mana-mana pengunjung yang menginap di Perak dimaklumkan akan dikenakan fi RM3 di bawah Caj Perkhidmatan Tempatan (CPT).

Langkah ini mengikut laporan Sinar Harian selaras dengan Enakmen Hotel 2023 yang dipersetujui DUN Perak pada 2023.

Jelas Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri caj baharu itu adaaj tertakluk untuk setiap bilik penginapan bagi setiap malam. Malah pelaksanaan ini bukanlah suatu tindakan baharu di mana caj Demi koan turut telah dilaksana beberapa negeri dengan pelbagai nama. 

Buat pengetahuan umum CPT ialah inisiatif tambahan bagi membantu kerajaan negeri memperbaiki mutu perkhidmatan di destinasi pelancongan Perak. Selain pelaksanaan itu Perak turut akan menyeragamkan Lesen Hotel di bawah Enakmen Hotel 2023 mulai 1 Julai ini.

Aturan itu memerlukan semua pengendali hotel, rumah tumpangan termasuk pengusaha rumah rehat, tapak perkhemahan, chalet, rumah bot, inap desa dan tempat bermalam atau penginapan lain yang mengenakan caj kepada pengunjung perlu mendapatkan lesen itu melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).