Untuk memastikan seluruh pengguna negara meraih perlindungan insurans mampu-milik, Zurich Malaysia bersama SeaMoney kini perkenalkan akses Insurans Kemalangan Peribadi pada aplikasi Shopee dengan tawaran perlindungan serendah RM1.67 sebulan.
Penawaran tersebut tersedia dalam dua pilihan, merangkumi Pelan Asas serendah RM1.67 sebulan atau RM20 setahun dan diikuti Pelan Emas dengan langganan tahunan RM50.
Manfaat perlindungan itu secara langsung akan melindungi pengguna sekiranya alami kecederaan badan atau hilang upaya disebabkan kemalangan yang tidak diduga. Di mana, pada Pelan Asas sejumlah RM18,000 pelan perlindungan insurans tersedia sekiranya berlaku kes kematikan melibatkan kemalangan dan hilang upaya kekal. Manakala perlindungan untuk Pelan Emas pula berjumlah RM40,000.
Apa yang menarik kedua pelan ini turut melindungi perbelanjaan hospital dengan Pelan Asas sehingga RM50 sehari selama 15 hari, sementara Pelan Emas amaun yang sama selama 60 hari.
Bagi pengguna Pelan Emas, kumpulan ini boleh mendapatkan manfaat tambahan termasuk elaun hospital sebanyak RM50 sehari selama 60 hari untuk kemasukan ke hospital akibat penyakit bawaan vektor dan jumlah perlindungan RM500 turut boleh ditebus bagi perbelanjaan pengebumian.