Bursa Malaysia kini mengesahkan bahawa pihaknya dalam perbincangan bersama Mulia Property Development berkenaan potensi pemindahan ibu pejabat mereka ke Tun Razak Exchange (TRX). Makluman itu adalah tindak-balas Bursa berikutan terdapat pelaporan yang diuarkan media pada minggu ini.
Bagaimanapun menurut makluman Bursa pada 18 Jun, penelitian itu masih dijalankan dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan sekiranya perbincangan tersebut telah mencapai penyelesaian bersama. Setakat ini tiada perincian lanjut dikongsikan.
Untuk pengetahuan umum, ketika ini Bursa Malaysia beroperasi di Exchange Square iaitu kompleks pejabat 16 tingkat yang bertempat di Bukit Kewangan.