Artikel

Maybank Ungguli Tangga Ke-17 Carta Fortune 500 Asia Tenggara – Pada Nilai $14.15 Bilion

Maybank kini telah berjaya mengungguli kedudukan ke-17 pada senarai 500 Asia Tenggara Fortune 2024 – ini menjadikan ia satu-satunya syarikat tempatan yang tersenarai pada carta 20 syarikat teratas di pasaran.

Pada kedudukan tersebut mengikut ukuran hasil, Maybank merekodkan nilai hasil sekitar $14.5 bilion.

Selain Maybank, berdasarkan taburan mengikut keuntungan CIMB Group turut berada pada carta dengan kedudukan ke-17, diikuti Public Bank di tempat ke-19, sementara Maybank pula ke kedudukan ke-11.

Secara menyeluruh Fortune 500 ini telah mengarapkan terdapat 89 syarikat Malaysia tersenarai pada carta tersebut. Diikuti Indonesia (110 syarikat), Thailand (107), Singapura (84), Vietnam (70), Filipina (38) dan Kemboja (2).