Biarpun berdepan cabaran akan penyusutan permintaan dalam beberapa cawangan makanan, minuman – Berjaya Food Berhad (BFood) terus optimis mengembangkan lagi empayar mereka, apabila merancang meningkatkan jejak dalam pasaran perniagaan F&B di Brunei.
Langkah ini untuk makluman akan melibatkan perluasan kafe bakeri Paris Baguette.
Aturan itu menurut kenyataan telah dicapai hasil perluasan LOI antara Berjaya Food International (BFI) bersama Paris Baguette Singapura untuk mengembangkan segmen perniaga ke Brunei menjelang suku keempat 2024.
Menerusi perancangan itu, dalam tempoh 10 tahun dijangka sehingga 5 cawangan Paris Baguette akan tersedia di pasaran Brunei.
Berdasarkan perluasan itu, BFood memaklumkan pengumuman rasmi bersama rakan kongsi Brunei akan dilaksanakan tidak lama lagi, berhubung hak pengendali cawangan operasi pasaran tersebut.
Selain Paris Baguette, BFood turut mengendalikan beberapa jenama makanan lain di pasaran tempatan – antaranya Kenny Rogers Roasters, Jollibean dan Starbucks. Namun kesan konflik di Timur Tengah telah menyebabkan prestasi kumpulan berdepan penyusutan yang ketara dengan kerugian bersih RM53.31 juta.