Artikel

Oriental Kopi Akan Disenarai Pada Pasaran ACE Bursa Malaysia

Oriental Kopi, rangkaian kedai kopi yang cukup terkenal akan jualan tart telurnya kini memaklumkan kemuka prospektus penyenaraian bagi tawaran awal permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Langkah IPO ini untuk makluman akan memperlihatkan Alliance Islamic Bank selaku penaja.

Pada draf yang difailkan kepada Bursa Malaysia tersebut, memperincikan IPO ini akan melibatkan penerbitan sejumlah 418.1 juta saham biasa baru. Di mana 88.1 juta saham ditawarkan kepada pelabur terpilih, 60 juta saham tersedia buat pelabur awam. Sementara 20 juta intuk pengarah, pekerja dan penyumbang yang berkelayakan.

Diikuti 250 juta saham pul untuk penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera – yang diluluskan di bawah pengawasan MITI.

Menerusi aturan ini, perolehan dana yang diraih akan manfaatkan bagi perkembangan operasi bersama perluasan jenama. Ia dijangka akan membantu operasi mengukuhkan kedudukannya pada pasaran tempatan sebelum bertindak meneroka pasaran antarabangsa.

Setakat ini Oriental Kopi memiliki cawangan di Lembah Klang dan Johor, selanjutnya dijangka akan memasuki pasaran Singapura pada suku keempat 2024 ini.

Apa Itu Pasaran ACE?

Pasaran ACE iaitu Access-Certainty-Efficiency ialah pasaran yang disokong oleh penaja bagi sesebuah syarikat yang miliki pertumbuhan positif. Ini bermakna sekiranya syarikat ingin memasuki penyenaraian adalah perlu mencari penaja untuk menilai prospek perniagaan mereka.

Prospektus merujuk kepada kenyataan rasmi untuk perhatian umum yang memberikan butiran tentang tawaran saham