Selaras dengan pemerkasaan ekonomi digital tempatan, Pos Malaysia – kini perkenalkan bayaran tanpa tunai (nirtunai) bagi perkhidmatan ubat melalui pos (UMP) kepada pengguna negara.
Aturan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kiplepay ini secara langsung meningkatkan lagi kualiti sistem pembayaran perkhidmatan Pos Malaysia bersama fasiliti kesihatan di negara. Dengan akses tersebut, ia akan memudahkan semua pihak termasuklah rakyat negara khususnya yang miliki keupayaan terhad untuk mengunjungi premis kesihatan.
Ciri pembayaran baharu ini untuk maklumkan telah diintegrasikan melalui sistem Pos Malaysia pada aplikasi MyUBAT KKM. Di mana pesakit boleh laksana pembayaran di mana jua dengan menggunakan pelbagai saluran transaksi seperti kad kredit, kad debit mahupun perbankan atas talian.
Sebelum ini, kaedah pembayaran yang disediakan adalah secara tunai sahaja kepada pihak Pos Laju semasa kiriman ubat diterima. Dengan inisiatif baharu itu secara langsung akan meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan dan kebolehcapaian bersama pengguna pada sistem penjagaan kesihatan negara.
Buat pengetahuan umum, UMP telahpun dilaksanakan sejak 2011 dan dimaklumkan bagi tempoh Julai sehingga Disember 2023 lebih 348,501 bungkusan preskripsi telah direkodkan. Maka menerusi kemudahan nirtunai tersebut – ini akan meluaskan lagi jejak perolehan ubatan serta transaksi di pasaran bersama pesakit di seluruh negara.