Berkuat kuasa 1 Julai 2024 kelak, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin kini dimaklumkan akan dilantik selaku Pengerusi baharu Bank Simpanan Nasional (BSN).
Seperti yang umum ketahui, Awang Adek sebelum ini pernah menggalas peranan selaku Timbalan Menteri Kewangan Malaysia bagi tempoh 2006 sehingga 2013. Dan kelak akan menamatkan tugasnya selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 15 Jun ini.
Buat pengetahuan umum, Awang Adek memiliki pelbagai pengalaman selama 30 tahun pada sektor ekonomi dalam dan luar negara – antaranya bidang kewangan, diplomatik serta pentadbiran awam. Malah beliau juga pernah menjadi pimpinan penting dalam Bank Negara Malaysia (BNM) selama 17 tahun selaku penyandang Penolong Gabenor pada 1996.
Menerusi pengetahuan tersebut, ia secara langsung berupaya membantu meningkatkan kualiti BSN pada pasaran negara secara berkala.