Ekosistem startup di ibu kota negara, Kuala Lumpur kini memaparkan prestasi yang positif apabila berjaya tersenarai antara 30 terbaik dalam ekosistem membangun di bawah tinjauan Ekosistem Startup Global 2024 (GSER).
Pencapaian ini sekaligus mencerminkan ekosistem startup negara memiliki skala ekonomi tinggi dan berupaya berkembang pesat. Pada data laporan tersebut, didapati KL telah menjana Nilai Ekosistem lebih daripada RM220 bilion ($47 bilion) bagi tempoh 3 tahun sejak Julai 2021 sehingga Disember 2023.


Nilai Ekosistem ini untuk makluman, menjadi penanda aras bagi impak ekonomi sesebuah bandai melalui nilai peluang keluar dan penilaian startup.
Berikutan pencapaian itu, Cradle Fund selaku agensi fokal pada arena startup tempatan menzahirkan kebangaan pada data ini. Ia sekaligus membuktikan usaha dan inisiatif strategik negara untuk memajukan persekitaran startup supaya lebih berdaya saing dan terbuka kepada pasaran antarabangsa.
Rekod itu secara langsung telah mengiktiraf peranan startup negara pada usaha memacukan inovasi, kemajuan teknologi dan bakat startup tempatan.
Selain penarafan itu, KL turut tersenarai antara kumpulan terbaik dalam beberapa bidang di peringkat Asia:
- Kedudukan 15 terbaik Ekosistem Asia dalam Pendanaan: Pencapaian ini menggambarkan kapasiti inovasi Kuala Lumpur melalui pendanaan peringkatawal yang kukuh dan penyertaan aktif pelabur
- Kedudukan 20 terbaik Ekosistem Asia dalam Prestasi: Pencapaian ini mencerminkan saiz dan kejayaan keseluruhan ekosistem, dengan mempertimbangkan nilai kumulatif yang dicipta oleh startup teknologi melalui exit dan pendanaan
- Kedudukan 20 terbaik Ekosistem Asia dalam Bakat dan Pengalaman: Kedudukan ini mengiktiraf trend jangka panjang yang kukuh di Kuala Lumpur menunjukkan kedalaman bakat dan pengalaman dalam ekosistem
- Kedudukan 25 terbaik Ekosistem Asia dalam akses kepada pemilikan bakat secara kos efektif: Kategori ini mengukur keupayaan Kuala Lumpur dalam menarik bakat teknologi secara kos efektif dan menekankan kelebihan kompetitifnya dalam membina tenaga kerja yang mahir
- Kedudukan 30 terbaik Ekosistem Asia dalam kategori “Bang for Buck”: Kedudukan ini mengukur jumlah runway yang diperoleh startup teknologi, secara purata, daripada satu pusingan VC
- Bakat berkualiti dan kemudahan dalam menjalankan perniagaan merupakanantara faktor tarikan bagi startup untuk berpindah ke ekosistem ini
Buat pengetahuan umum, di bawah GSER2024 data laporan ini menganalisis lebih 4.5 juta startup merangkumi 300 ekosistem global, bersama panduan dasar melibatkan lebih 160 kementerian di lebih 55 buah negara.