Artikel

Mohammad Faiz Azmi Dilantik Pengerusi Eksekutif SC Baharu, Mulai 16 Jun Ini – MOF

Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan Dato’ Mohammad Faiz Azmi akan dilantik selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti baharu – berkuat kuasa mulai 16 Jun 2024.

Lantikan ini secara langsung akan menggantikan kedudukan Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin, yang dimaklumkan akan bersara pada 15 Jun ini. Buat pengetahuan umum, Dato’ Mohammad Faiz miliki pengalaman yang meluas dalam bidang kewangan, pasaran modal, audit serta pengurusan dana. Malah turut terlibat selaku ahli beberapa badan profesional – antaranya Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Menerusi kepakaran sedemikian, SC optimis ia akan memberi tambah-nilai yang baik kepada operasi suruhanjaya bagi tempoh 3 tahun.

Pelantikan ini dilihat selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498) danĀ  akan berlangsung selama 3 tahun, di mana akan berakhir pada 15 Jun 2027 kelak.