Bagi memastikan ekosistem saluran pembiayaan dalam pasaran modal negara terus kukuh – Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini menampilkan edisi pertama Panduan Praktikal untuk Modal Teroka dan Ekuiti Swasta di Malaysia.
Pengenalan panduan yang dilaksanakan pada hari ini secara terus akan melengkapkan bakal pengurus dana modal teroka, ekuti swasta, penyedia perkhidmatan dan pelabur akan pengetahuan praktikal berhubuung landskap perniagaan dasar mentadbir operasi VC dan PE di pasaran negara.
Usaha ini sekaligus dapat membentuk komuniti pelabur profesional yang lebih dinamik dalam ekosistem ekonomi negara. Antara perincian yang digarapkan pada panduan tersebut adalah peraturan pasaran modal, perihal percukaian, pertimbangan struktur dana, dasar petukaran asing serta aturan penting dalam pembiayaan operasi.
SC turut optimis menerusi penyediaan panduan itu, ia turut menyokong matlamat negara untuk tampil selaku peneraju ekosistem startup bersama pasaran global. Secara menyeluruh setakat 2023, komitmen dana pada modal teroka dan ekuiti swasta telah mencatatkan RM17.85 bilion – diikuti nilai pelaburan pula menyumbang RM5.9 bilion pada pasaran negara bagi tempoh 2017 sehingga 2023.