iTEKAD, medium yang membolehkan usahawan berpendapatan rendah dan B40 raih akses kewangan dalam memajukan sumber perolehan mereka – apabila didapati lebih 6,000 perniagaan kecil dan sederhana (PKS) kini telah meraih manfaat tersebut.
Perkongsian Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour pada sidang perasmian Simposium Sasana BNM 2024 petang tadi, turut memaklumkan menerusi saluran tersebut – didapati berlakunya peningkatan hampir 90% dalam jualan bulanan peniaga. Lebih menarik, perolehan itu secara langsung mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam komuniti PKS negara.
Buat pengetahuan umum, di bawah iTEKAD terdapat beberapa akses kewangan yang tersedia. Ia melibatkan modal permulaan, pembiayaan mikro, serta latihan kewangan dan kemahiran struktur perniagaan.
Menerusi inisiatif itu, usahawan negara berupaya meraih manfaat pembiayaan sejumlah RM5,000 sehingga RM50,000. Medium ini untuk makluman telah memperolehi sokongan bersama 11 institusi kewangan melibatkan Bank Muamalat, Bank Rakyat, BSN, Public Bank, SME Bank, Agro Bank, RHB Islamic Bank, Ambank Islamic, CIMB Islamic dan Maybank Islamic.