Bank Negara Malaysia (BNM) terus optimis melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mengenalpasti pendekatan terbaik untuk membantu memastikan nilai ringgit kekal stabil di pasaran. Antaranya aturan bersama dengan syarikat korporat meraih pulangan untuk dimanfaatkan pada pasaran semasa.
Tidak hanya itu, BNM pada sidang di Simposium Sasana BNM 2024 hari ini turut melaksanakan perbincangan bersama sebahagian pemain korporat dan berupaya untuk memberi kelulusan sekiranya terdapat potensi perluasan pelaburan ke pasaran antarabangsa. Menerusi BNM selaku pemudahcara, ini akan menyokong lagi pertumbuhan negara.
Adanya kerjasama rapat antara BNM bersama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat luar negara, langkah ini akan membantu menyokong hasil kepada Malaysia secara berkala. Berdasarkan agenda itu, setakat ini prestasi mata wang tempatan kian meningkat berbanding dolar AS – kenaikan hampir 1.2% di pasaran.