Artikel

Jumlah Jam Mengajar Pensyarah Universiti Akan Diteliti Semula – KPT

Dalam memastikan penghasilan pendidikan negara lebih berkualiti, aspek keseimbangan wajar disediakan kepada semua warga pendidik termasuklah pensyarah – untuk tujuan tersebut, jumlah jam mengajar kalangan pensyarah universiti di Malaysia kelak akan diteliti semula. 

Tindakan ini menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berikutan berlakunya peningkatan tugasan ke atas pensyarah di negara. Secara puratanya jumlah jam mengajar adalah sekitar 18 jam seminggu. 

Namun kesan kepelbagaian tugasan, ia mendorong waktu bertugas lebih lama dan situasi itu turut menjejaskan tanggungjawab pensyarah pada peranan penulisan kajian. 

Selain aturan meneliti penyelesaian peranan pensyarah, cadangan memanfaatkan AI turut disertakan. KPT pada program KARISMA di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi melihat saluran itu wajar dipertimbangkan untuk memudahkan penterjemahan maklumat dilaksanakan.