Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini memaklumkan akan membangunkan insentif khas buat pusat data kecerdasan buatan (AI) yang tersedia di pasaran negara.
Aturan itu menurut Menterinya, Tengku Zafrul akan dilaksanakan oleh agensi kementerian iaitu MIDA dalam menggubal sebuah kerangka insentif khas.
Kesepakatan di bawah Majlis Pelaburan Negara itu akan memperlihatkan beberapa pendekatan – ianya melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga dan air, penyediaan tenaga boleh baharu bagi menjadi pemudahcara pada pelaburan pusat data AI di Malaysia.
Usaha ini adalah tindak-balas negara akan keupayaan penerapan pusat data AI. Di mana ia membantu mempercepatkan penerapan ekonomi digital, di samping menyokong matalamt negara untuk jadi negara berpendapatan tinggi kelak.
Buat pengetahuan umum, bagi tempoh 2021-2023 Malaysia telahpun meluluskan pelaburan pusat data dan perkhidmatan awanan berjumlah RM114.7 bilion dengan potensi 2,325 peluang pekerjaan baharu bernilai tinggi. Antaranya melibatkan bidang ekonomi saintis data, penganalisis data, jurutera data, penganalisis keselamatan siber dan jurutera rangkaian.
Menerusi agenda ini, MITI kekal dengan komitmen mereka untuk pastikan Malaysia terus menjadi pilihan selaku destinasi pelaburan pada pembangunan pusat data AI.