Artikel

Maybank Islamic Perkenal MyQurban – Mudahkan Pengguna Penuhi Ibadah Korban Secara Atas Talian

Maybank Islamic kini melancarkan MyQurban, platform atas talian yang memudahkan pengguna meraih akses tawaran ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tidak lama lagi.

Menerusi MyQurban, pengguna miliki pilihan tawaran pada kos mampu-milik melibatkan tempahan korban daripada beberapa pembekal. Tidak hanya itu inisiatif sadaqah akan turut diterapkan bagi setiap bahagian korban yang dilaksanakan pengguna. Di mana Maybank Islamic akan laksana padanan sumbangan dan menyalurkan dana tersebut kepada Mercy Malaysia serta misi kemanusiaan di Palestine.

Buat pengetahuan umum kempen ini telahpun dibuka sejak 24 Mei lalu sehingga 19 Jun kelak. Menerusi kemudahan tersebut, para pengguna boleh menyemak tawaran korban mampu-milik ini bersama rakan pembekal korban terlibat – antaranya Yayasan Budi, Ihsan Malaysia, EZQurban, Aqiqah Centre dan Aqiqah4u.

Susulan itu, untuk langkah lanjut boleh layari Maybank Islamic-MyQurban bagi perincian seterusnya.