Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan, perolehan penjimatan RM4 bilion hasil penyasaran subsidi diesel akan memberi manfaat terus kepada rakyat Malaysia, tidak pada jemaah Menteri.
Menurutnya pada sidang Kementerian Kewangan (MOF), perolehan itu akan digunka untuk menampung sumbangan tunai kepada rakyat antaranya seperti STR yang kini mencapai peruntukan RM10 bilion, diikuti Sumbangan Asas Rahmah ke atas 9 juta rakyat negara yang kini dinaikkan kepada RM1,200 setahun serta menambahbaik kos pengangkutan awam semasa.
Erti mudah, ia disalurkan kembali kepada rakyat Malaysia dalam mengurangkan bebanan kos di pasaran semasa.
Menerusi penjelasan itu, ia sekaligus menafikan makluman bahawa penjimatan subsidi ini akan beri kelebihan kepada elaun menteri negara mahupun kepentingan lain.