Artikel

KKM Akan Umum Pelan Pembaharuan Pembiayaan Kesihatan – Pada Masa Terdekat 

Untuk terus menambah-baik sistem kesihatan sedia ada, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelak memaklumkan akan mengumumkan pelan pembaharuan pembiayaan penjagaan kesihatan di negara.

Agenda tersebut akan menumpukan pendekatan terbaik dalam membelanjakan bajut tahunan yang disediakan pentadbiran negara kepada KKM – ia meliputi pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif.

Ini kerana selaku negara berstatus pendapatan sederhana atas, adalah wajar untuk sektor kesihatan membelanjakan sekitar 6% hingga 7% daripada KDNK negara. Setakat ini didapati sekitar 5.1% sahaja dilaksanakan untuk sistem kesihatan negara.

Maka bagi meningkatkan kualiti sistem, pembaharuan pelan tersebut akan dikongsikan KKM kelak dalam masa terdekat.