Artikel

Intel Dilapor Hentikan Rancangan Perkembangan Kilang Bernilai $25 Bilion – Di Israel 

Intel, firma semikonduktor dan teknologi global kini menangguhkan perancangan perluasan projek kilang utama cip mereka yang membawa nilai $25 bilion di Israel.

Menurut laporan AFP, situasi itu berlaku susulan pembekal Intel menerima notis pembatalan kontrak berhubung pembekalan peralatan dan keperluan pada perkembangan kilang baharu tersebut.

Biarpun pihak Intel sehingga kini tidak memaklumkan sebarang sebab yang kukuh atau mengaitkan aturan itu kesan konflik di Timur Tengah – tindakan itu berkemungkinan didorong hasil dinamik pasaran semasa dan pengurusan modal Intel.

Buat pengetahuan umum, selepas AS dan Ireland – Israel merupakan negara ketiga yang terbesar miliki operasi Intel mengikut saiz aset dan ia telah menduduki pasaran di negara tersebut selama 50 tahun.