Bank digital ketiga yang dilancarkan di pasaran negara ketika ini, Boost Bank kelak memaklumkan akan melancarkan kad debit mereka menjelang Julai 2024 ini.
Setakat ini, untuk peringkat awal Boost Bank menampilkan kemudahan akaun simpanan, produk desposit serta aktiviti tabungan di aplikasi. Apa yang menarik, kelak kemudahan tersebut akan diperluaskan dengan membolehkan 11 juta pengguna mereka laksana pemindahan dana secara terus pada dompet digital bersama akaun Boost Bank.
Berbalik kepada pengenalan kad debit maya dan fizikal tidak lama lagi, pihak Boost turut membuka ruang kepada semua pengguna untuk sama-sama menentukan reka bentuk kad debit mereka sebelum dimuktamadkan kelak. Berdasarkan perkongsian terdapat dua warna pilihan merangkumi hitam dan merah disertakan.
Tidak hanya kemudahan tersebut, Boost Bank turut memaklumkan akan memperkenalkan beberapa siri produk kewangan lain di masa hadapan melibatkan perniagaan, perkhidmatan rakan kongsi serta pinjaman.
Meskipun mengakui perlesenan bank digital di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang membawa erti tidak patuh syariah – pihaknya kekal optimis untuk menyediakan pilihan produk kewangan mesra-muslim buat pengguna di negara. Aturan itu dimaklumkan akan diteliti secara berkala.