Artikel

Cadangan Naikkan Harga Siling Beras Putih Tempatan, Akan Diketahui Sebelum Oktober Ini 

Berikutan terdapat cadangn menaikkan harga siling beras putih tempatan (BPT), pentadbiran memaklumkan langkah itu masih diperingkat semakan dan akan dimuktamadkan sebelum Oktober 2024 ini.

Penjelasan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu memaklumkan, pertimbangan cadangan tersebut perlu diteliti pelbagai aspek, termasuklah melibatkan pengamatan dalam beberapa kementerian lain. Antaranya Kementerian Ekonomi, Kementerian  Perdagangan dan Kos Sara Hidup.

Buat pengetahuan umum, pada November 2023 – Badan Kawal Selia Padi dan Beras di bawah kementerian memaklumkan terdapat kewajaran untuk negara menaikkan harga BPT daripada RM2.60 sekilogram kepada RM3.20 sekilogram. Ini kerana semakan harga itu kali terakhir dilaksanakan adalah pada 15 tahun lalu.

Maka menerusi pelarasan naik ini, ia tidak sekadar membantu meenjaga kebajikan kumpulan pesawah. Bahkan menghindari berlaku pembaziran kesan pengilang tidak ingin meneruskan pembelian berikutan paras harga yang rendah.