Artikel

Jumlah Penganggur Di Malaysia Semakin Menurun – Kini Seramai 566,400 Individu 

Bilangan penganggur di negara terus memperlihatkan penurunan apabila mencatatkan jumlah 566,400 individu bagi April 2024 dengan kadar pengangguran kekal 3.3%.

Data di bawah Jabatan Perangkaan (DOSM) ini menjelaskan penurunan tersebut didorong hasil pertumbuhan ekonomi yang menggalakkan. Di mana jumlah tenaga buruh negara telah naik 0.1% kepada 17.12 juta individu di pasaran.

Berdasarkan jumlah itu, seramai 12.43 juta individu adalah berstatus pekerja, diikuti 3.04 juta pula adalah mereka yang bekerja sendiri, majikan pula sekitar 591,900 individu.

Secara menyeluruh sektor ekonomi negara memaparkan peningkatan pada prestasi pasaran, pertumbuhan negara dijangka kekal positif – disokong corak perbelanjaan domestik yang lebih berdaya tahan. Tidak hanya itu, aktiviti pelancongan yang lebih agresif turut akan membantu Malaysia meraih perolehan yang lebih baik dalam pendapatan.