Artikel

Jejaki Pengelak Cukai – LHDN Kini Perkukuh Kerjasama Dengan Pihak Berkuasa Cukai Luar Negara

Bagi memastikan aliran hasil negara terus terpelihara, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) kini terus mengukuhkan kerjasama mereka bersama penguasa cukai negara luar – untuk mengatasi tindakan pengelakan cukai dalam kalangan pembayar cukai kategori individu mahupun perniagaan.

Selain memiliki medium pertukaran maklumat berhubung pematuhan percukaian, LHDN turut dalam usaha memperoleh data akaun kewangan yang dimiliki pembayar cukai Malaysia di luar negara – meneursi pelapiran berasaskan hubungan negara-ke-negara.

Adanya langkah sedemikian, ini akan mengukuhkan perundangan semasa, memberi pendidikan percukaian berterusan dan dapat laksana perjanjian cukai serta dasar cukai antarabangsa.

Seperti yang umum ketahui, di bawah Projek Pelaporan Jenayah dan Rasuah Terancang (OCCRP) didedahkan lebih 300 rakyat negara disenarai selaku pemilik hartanah di Dubai – di mana secara kolektifnya memiliki lebih 500 hartanah di bandar tersebut.

Perihal ini menuntut penelitian lanjut akan potensi perolehan hartanah tersebut, ini kerana ketiadaan cukai tertentu seperti cukai ke atas keuntungan modal dan sewa berupaya membawa kepada tindakan pengelakan cukai dan berlakunya aktiviti pengubahan wang haram.