Artikel

GXBank Kini Sedia Akses Biasiswa – Sokong Dana Pengajian Khususnya Kalangan Pelajar B40

Menyedari masih ramai pelajar berdepan isu keciciran pendidikan dan tekanan kos pengajian – GX Bank kini memperkenalkan inisiatif dana Impian Gigih Biasiswa, yang bertujuan menyokong dan meringankan bebanan kos pengajian kepada pelajar yang berpendapatan rendah (B40).

Pada akses ini, GXBank memaklumkan sokongan tersebut akan merangkumi yuran penuh tempoh pengajian ijazah sarjana muda dan elaun sara hidup pelajar. Tidak hanya itu, pelajar terlibat turut berpotensi menyertai program pendedahan di luar negara bersama kursus tambahan kemahiran teori dan praktikal bersama GXBank.

Maka untuk memanfaatkan peluang tersebut, ini antara kriteria yang digariskan GXBank kepada para pelajar:

  • Hanya terbuka kepada mereka yang memohon sebagai pelajar sepenuh masa di mana-mana universiti awam Malaysia;
  • Warganegara Malaysia berumur 22 tahun dan ke bawah pada tahun permohonan;
  • Pendapatan kasar isi rumah bulanan RM8,000 dan ke bawah;
  • Penerima tidak boleh menerima biasiswa/tajaan/perjanjian ikatan daripada penaja lain sepanjang tempoh pengajian;
  • Keputusan: CGPA 3.3 dan ke atas dalam STPM / Diploma / A-Level / Matrikulasi / Asasi atau setaraf;
  • Telah mendapat tempat di universiti awam Malaysia

Malah GXBank turut menjelaskan para pelajar boleh memohon biasiswa ini meskipun masih tidak mendapat pengesahan universiti – di mana langkah itu boleh dikemaskini bersama pihak GXBank setelah mendapat pengesahan kelak.

Buat pengetahuam umum, biasiswa telah boleh dikemukan dan permohonan akan ditutup pada 6 Julai 2024 kelak. Untuk tindakan lanjut, para pelajar boleh layari GXBank Impian Gigih Biasiswa bagi langkah lanjut.