Artikel

Dasar Gaji Progresif Fasa Rintis Disasar Laksana Selama Setahun – Sehingga Jun 2025

Sekurang-kurangan selama 1 tahun, fasa rintis bagi Dasar Gaji Progresif akan dilaksanakan di Malaysia – sehingga Jun 2025 kelak. Aturan itu menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) berupaya membantu pentadbiran negara memahami keperluan pendapatan mengikut pasaran.

Menerusi usaha itu, ini akan membantu komitmen negara untuk meningkatkan perolehan gaji pekerja di negara lebih seimbang seiring dengan tekanan ekonomi semasa.

Seperti yang umum ketahui, di bawah ujian rintis ini fokus pelaksanaan akan tertumpu kepada 5 sektor iaitu pembuatan, pembinaan, perdagangan borong & runcit, pembaikan kenderaan, maklumat komunikasi dan aktviti profesional teknikal. Di mana untuk fasa ini, negara menyasarkan penglibatan 1,000 syarikat di pasaran.

Setakat ini, terdapat 500 syarikat telah mula mendaftar dan permohonan tersebut akan dinilai dan ditapis oleh pihak kementerian berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Menerusi penglibatan tersebut, pentadbiran menjangkakan jumlah 1,000 syarikat ini akan dicapai menjelang Ogos 2024 kelak.

Antara ciri asas yang turut digarapkan pada dasar ini adalah pelaksanaannya secara sukarela, penawaran insentif galakkan pembabitan majikan serta usaha melibatkan produktiviti pekerja. Melalui ciri asas sedemikian, pentadbiran optimis sistem upah negara dapat dilengkapi dengan dasar gaji yang lebih baik.