Artikel

Atome, PUSPAKOM Sedia Akses Perbaharui Insurans Kenderaan – Secara Ansuran Buat Pengguna

Untuk memastikan pengguna meraih saluran pembayaran yang fleksibel – PUSPAKOM bersama Atome kini menyediakan kaedah pembayaran 3 kali ansuran buat pengguna bagi memperbaharui insurans mereka.

Insiatif ini tidak sekadar melancarkan perolehan insurans kenderaan tetapi membantu pengguna meringankan bebanan aliran tunai mereka.

Pada penawaran tersebut, para pengguna boleh mendapat sebut harga percuma dari PUSPAKOM dan memilih pelan perlindungan insurans mengikut kesesuaian pengguna. Ataupun boleh kunjungi 54 cawangan PUSPAKOM di seluruh negara dan layari aplikasi Atome untuk tindakan lanjut.