Artikel

Syarikat Menaja Persatuan, Acara Sukan Kini Dicadang Raih Potongan Cukai

Menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober kelak, kini terdapat cadangan untuk pertimbangkan pemberian cukai ke atas syarikat yang menaja persatuan serta acara sukan di negara.

Cadangan itu menurut Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Pengerusi Pembangunan Sukan – dilihat adalah relevan berikutan kumpulan ini membantu negara mengurangkan kebergantungan pada beban dana pentadbiran.

Lanjutan pada langkah itu, cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) kelak untuk laksana semakan akan potensinya pada kerangka bajet 2025 kelak.