Artikel

OPEC: Permintaan Minyak Global Dijangka Naik – Kepada 115 Juta Tong Sehari Pada 2030

OPEC, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum kini menjangkakan aliran permintaan minyak pada tahun ini akan terus meningkat – sebanyak 2.2 juta tong sehari. Aliran itu sekaligus akan membawa pengukuhan dan permintaan komoditi yang lebih stabil pada pasaran semasa.

Perkongsian pada sidang Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) itu turut meramalkan permintaan minyak global akan meningkat kepada 115 juta tong sehari menjelang tahun 2030.

Peningkatan sedemikian didorong hasil aktiviti ekonomi dunia yang kian rancak terutamanya pada sektor dan industri yang menggunakan sumber bahan api. Setakat ini sahaja, dunia merekodkan permintaann minyak dengan 102 juta tong sehari dan berpotensi mencapai 110 juta tong hingga 115 juta tong sehari di masa hadapan.