Artikel

Malaysia Pertimbang Perkenal Undang-Undang Khas – Atasi Pembuangan Plastik 

Pembuangan plastik diperhatikan terus menjadi isu utama pencemaran di Malaysia, maka untuk menangani suatu tindakan kini sedang diteliti pentadbiran negara – antaranya memperkenalkan perundangan khusus.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam memaklumkan, pertimbangan tersebut akan mengambilkira semua faktor, keperluan untuk merealisasikan perundangan khas itu bagi jangka masa panjang.

Ketika ini mengikut laporan Environmental Science & Technology, Malaysia duduki tangga teratas kalangan 109 negara berhubung penggunaan mikroplastik dan menjadi 10 negara teratas merekodkan penduduk menyedut zarah mikroplastik. Situasi ini jelas memberi kesan mendalam pada segmen kesihatan masyarakat.

Berdasarkan langkah lanjutan, pertimbangan perundangan itu akan diteliti bersama Kementerian Ekonomi pada dasar plastik negara kelak.