Artikel

Kajian Semakan Semula Gaji Minimum Negara Selesai, Akan Dibentang Jun Ini

Berikutan kajian semakan kadar gaji minimum telah selesai, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) memaklumkan akan membentangkan penelitian tersebut pada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bermula bulan ini.

Pembentangan tersebut akan melibatkan penyertaan pentadbiran, wakil majikan dan kumpulan pekerja negara.

Segala input yang akan diambilkira, dimaklumkan akan berlandas pada Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Seperti yang umum ketahui, sebelum ini negara telah menaikkan paras gaji minimum daripada RM1,200 (2020) kepada RM1,500 pada Mei 2022.

Namun pelarasan itu memberi pengecualian kepada syarikat yang miliki kurang daripada 5 pekerja sehingga Julai 2023.

Maka menerusi rundingan baharu, pelarasan tersebut akan diselarikan dengan matlamat negara untuk menawarkan paras gaji minimum yang berpatutan mengikut pasaran semasa dan tidak membebankan kumpulan majikan tatkala berdepan tekanan ekonomi. Sama-sama kita nantikan.