Selari dengan pengenalan bank digital di negara, pentadbiran negara kini optimis sasaran 400 transaksi e-pembayaran per kapita dapat dicapai lebih awal, berbanding sasaran asal pada 2026.
Komitmen ini dijangka akan disokong hasil penyertaan lebih ramai pengguna bersama akses bank digital. Jangkaan itu menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pelancaran Boost Bank hari ini memerlukan sokongan peranan setiap institusi kewangan dengan meluaskan jejak kemudahan kepada semua masyarakat.
Buat pengetahuan umum, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tahun 2022 sahaja didapati rakyat negara secara purata telah melakukan 291 transaksi pembayaran secara elektronik. Ia lebih tinggi berbanding tahun 2021, yang merekodkan purata 222 transaksi pembayaran elektronik dilaksnakana.
Menerusi pengenalan GXBank, Aeon Bank dan Boost Bank ini ia akan meningkatkan lagi jumlah tersebut pada aliran transaksi elektronik di Malaysia.