Artikel

McDonald’s Hilang Hak Tanda Dagang Big Mac – Bagi Produk Ayam Di Eropah 

Walaupun tanda dagang Big Mac telahpun didaftar sejak 1996, namun kesan ketidakpatuhan penggunaannya pada pasaran Eropah – kini mengakibatkan McDonald’s kehilangan hak tanda dagang tersebut ke atas produk berasaskan ayam iaitu burger ayam.

Situasi ini dicapai setelah Mahkamah Agung Kesatuan Eropah (EU) memuktamadkan sebahagian bantahan penggunaan tanda dagang yang telah dikemukakan Supermac’s, iaitu rangkaian makanan segera Ireland sejak 2017 lagi.

Tuntutan itu dilaporkan tidak akan menjejaskan tanda hak tersebut ke atas produk menggunakan daging lembu, dan pemaparannya di restoran dan pandu-lalu.

Namun, McDonald’s dimaklumkan boleh laksana rayuan, untuk meneliti semula keputusan tersebut bersama perundangan tertinggi Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ).