Artikel

Mulai 10 Jun – Lebih 30,000 Individu, Petani & Pekebun Kecil Akan Terima RM200 Budi Madani

Ketika ini lebih 30,000 permohonan kalangan individu, petani dan pekebun kecil di bawah inisiatif Budi Madani – dimaklumkan telah diluluskan. Di mana perolehan bantuan subsidi tunai diesel bernilai RM200 sebulan itu akan mula dikreditkan pada 10 Jun ini.

Kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) itu memaklumkan, setakat ini sokongan tersebut tersedia untuk kumpulan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Menerusi kemudahan tunai tersebut, ia akan mengurangkan bebanan kewangan penduduk negara untuk jangka masa panjang. Buat pengetahuan umum, inisiatif Budi Madani dibahagikan kepada individu (Budi Individu), sementara petani dan pekebun kecil (Budi Agri-Komoditi) dan firma serta kenderaan pengangkutan awam pula di bawah MySubsidi Diesel bersama manfaat fleet card.

Adanya pengagihan kepada kumpulan berkelayakan ini, didapati sekitar 300,000 pemilik kenderaan diesel persendiri di Semenanjung adalah layak meraih manfaat tersebut. Diikuti 68,000 petani, 8,000 penternak dan 34,000 pengusaha akuakultur dengan skala kecil.

Selain meringankan bebanan tunai, aturan ini secara langsung turut membantu negara atasi isu ketirisan, penyeludupan dan penyelewengan subsidi rakyat di pasaran secara berperingkat.